Khasiat, Kebaikan habbatus sauda Magic Blue
HABBATUSSAUDA Antara produk yang dihasilkan oleh Magic Blue. GAYA hidup masyarakat Muslim banyak terdorong dengan pelbagai sunah Nabi Muhammad SAW terutamanya dalam pengambilan makanan yang berkhasiat seperti habbatus sauda. Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang perubatan masyarakat di Timur Tengah sejak ribuan tahun lalu. Atas dasar tersebut, Pengarah Urusan Magic Blue Holding Sdn Bhd (Magic Blue), Md Najmuddin Sulaiman berpandangan habbatus sauda perlu dijadikan salah satu makanan kesihatan tambahan kepada seluruh masyarakat. Najmuddin, 34, berkata, dengan idea tersebut, terhasillah produk pil MagBlue Habbatus Sauda (MagBlue). Md Najmuddin Sulaiman “Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, MagBlue merupakan produk paling popular yang dikeluarkan syarikat kami dan mencatatkan jualan sehingga ribuan botol setiap bulan,” katanya yang berasal dari Kelantan. Kajian menyeluruh Menurut Najmuddin...