Panuba Inn Resort, tempat percutian menarik dan best yang semestinya kena pergi, pengedar shaklee subang jaya

Assalamualaikum....

Wah...wah... dah dekat nak cuti sekolah ni kan... hmm mak ayah..adik abang...kakak-kakak semua tak tahu nak pergi manakan...

Memandangkan ekonomi sekarang sedang suam-suam kuku.. apa kata kita pergi jerlah tempat-tempat berehat macam ni..yang agak budget sikitlah untuk family kita.... lagi best.. sambil-sambil tu bolehlah release sikit tekanan kerja kat ofis tu kan...

Okeh ni dia salah satu tempatnya yang sekarang ni ramai yang dok perkatakan.. dalam fb.. wasap group hmmm dan apa-apa lagilah.. canggih sangat dah nak sebut satu-satu pon tak ingat...

Panuba Inn Resort, Pulau Tioman, Pahang Darul Makmut


Cantikkan... view macam pantai obersee dah.. opsss.. ini bukan diluar negara yer... ni kat dalam Malaysia negara kita yang tercinta..

Inilah Panuba Inn Resort yang terletak di Kampung Air Batang di Pulau Tioman.. dan semestinya di Pahang Darul Makmur...

Haa... amacam dah decide nak pegi mana cuti ni... jom tengok dulu gambar kat bawah ni.. pastu bolehlah buat tempahan cepat.. selagi masih ada kekosongan....

Kadar sewaan biliknya dikatakan dari RM95.00 sehingga RM195.00 semalam...

Apa lagi...booking jangan tak booking yer....


Klik sini untuk details harga penginapan dan tempahan bilik.











So.. apa tunggu lagi.. cuti sekolah dah nak start... memang elok sangatlah kalau nak tempah bilik dan rancang percutian anda dari sekarang ni...

Kalau sapa-sapa dah pergi nanti... jangan lupa komen sini yer.. 


*saya pon tengah plan nak pergi Panuba Inn Resort nih...... bawak anak-anak snorkeling... (dah terbayang-bayang dah ni)šŸ˜Š



Selamat bercuti!





Bagaimana produk/vitamin Shaklee merawat masalah jerawat batu kronik yang saya alami, pengedar shaklee subang perdana

Assalamualaikum.....

Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman pengguna itu sendiri yang alami masalah kulit yang berjerawat kronik dan akhirnya beliau telah berjumpa jalan penyelesaian kepada masalahnya...


Jom kita baca...

"Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat."

"Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010."

"Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci."

"Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci."

"Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk."

"Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa."

"Itulah kisah saya tanpa Shaklee."

"Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.
(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)"

"Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee telah membantu saya dalam mengatasi kulit muka yang ditumbuhi jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik."

"Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.
( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )"

"Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai."


"Ini adalah senarai produk yang saya ambil:

1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP

2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa Complex

3) Ada bajet lagi saya beli GLA Complex untuk bantu stabilkan hormon

4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E

5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.

"Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Itulah kisah yang dialami oleh Puan Lisa Liang dan beliau sememangnya bijak mengambil langkah terbaik untuk kulit dan sekaligus untuk kesihatannya...


Pasti ramai nak tahu....
Bagaimana produk/vitamin Shaklee merawat masalah jerawat batu kronik yang beliau alami.


Energizing Soy Protein - ESP
  • Membina sel-sel baru utk kulit dan menggantikan sel-sel yang rosak dan lama
  • Pulihkan pigmentasi - kulit berseri, tona kulit sekata, pulihkan parut jerawat. 
  • Ibu hamil lebih bertenaga dan berseri, menyusukan anak (act as milk booster) 
  • Membantu mengurangkan paras kolesterol dan penyakit jantung. 
  • Membantu mengawal masalah diabetes. 
  • Membantu memberi tenaga segera... mereka yg sering letih dan lesu 
  • Penting pengambilan ESP kerana ianya membantu vitamin lain menyerap dalam badan dengan berkesan dan amalan berterusan dapat membantu cantikkan kulit wajah. Kulit cantik berseri-seri. 
Sustained Release Vita-C 500 mg
  • Sistem pelepasan berterusan secara semulajadi setiap jam selama lima jam berturut-turut.
  • Membentuk kolagen, mencantikkan dan mencerahkan kulit.
  • Meningkatkan sisitem imun melawan jangkitan seperti selesema, alergi hidung dan asthma.
  • Anti-Oksidan - kecutkan jerawat, melawan dan menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel tubuh kita.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.


ALFALFA COMPLEX
  • dibuat daripada Alfalfa terbaik dari California, USA
  • mengandungi 300mg kalsium=1 cawan susu segar
  • membuang toksin dlm badan
  • membersihkan usus daripada segala toksin, lemak & lendir
  • memastikan vitamin/supplemen diserap dgn lebih sempurna
  • bertindak sebagai pembersih darah & colon
  • melawan alahan spt masalah kulit, hidung sensitif
  • membantu merawat asthma
  • mengurangkan masalah resdung & eczema
  • meneutralkan asid badan
  • membuang lemak & kolestrol 
  • membuang angin & mengempiskan perut 
  • sebagai 'milk booster' utk meriahkan susu ibu.


GLA terbaik dr EPO biasa dgan kesan 2 kali ganda membantu :
  • >Mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • >Seimbangkan hormon dan meningkatkan kesuburan.
  • >Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • >Membantu dalam menangani proses menopause.
  • >Menguatkan kuku & rambut.
  • >Menjadikan kulit lebih sihat, glowing & berseri-seri. Membantu kecutkan jerawat. >Membantu menangani ekzema.
  • >Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • >Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • >Menguatkn immuniti badan.
  • >Memperlahankan process penuaan.
  • >Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • >Mengawal kencing manis
  • >Mengawal kolesterol.
  • >Bagus untuk saraf.

Kebaikan vitamin E Shaklee tiada pada yg lain?
  • Mengecutkan jerawat dgan berkesan
  • Membantu melembapkan kulit yg kering
  • Mengurangkan garis halus pada wajah
  • Memulihkan tekstur kulit dan tona wajah
  • Membantu menghilangkan parut jerawat & jeragat

Pilihan pada kita sendiri... tiada jaminan kalau pakai produk yang instant 3 hari dah nampak cantik ni yer.... 


Ini adalah testimoni adik ni yang kulit mukanya berjerawat batu pulih dengan vitamin Shaklee..



Hubungi saya untuk pertanyaan produk/vitamin dan konsultasi percuma!

SMS /Whatsapp : 012-2475576
Normala Ab Shukor
Id Shaklee :917807



Pengedar Shaklee kawasan Subang Jaya, Subang Perdana, Kg. Melayu Subang, Petaling Jaya dan sekitarnya.

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi - cara atasi kolesterol tinggi dengan cepat

Apa itu Kolesterol
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.



Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.


Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


Kolestrol penyebab serangan jantung
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.



Jom kita sama-sama check samaada kita ni ada tak tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan kita ni.... 
tanda-tandanya adalah seperti berikut; 
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki
  • Timbulnya bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
  • Sering berasa sakit kepala – Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit ini kerana kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolesterol terlampau tinggi.

Jika didapati mempunyai tanda-tanda yang diatas, Apa langkah yang perlu kita lakukan?
Lakukan pemeriksaan segera dengan berjumpa dengan doktor. Satu Ujian Kolesterol dilakukan untuk memeriksa tahap kolesterol dalam badan kita.


Amalan mengurangkan kolesterol yang paling mudah yang telah dilakukan oleh orang dulu-dulu... tu sebab orang dulu-dulu tidak ada masalah kolesterol ini dan jarang kita dengar sakit jantung dikalangan nenek moyang kita..
Menurut satu sumber, cara dan amalan yang paling mudah dan tanpa bajet bagi menggelakkan kolesterol tinggi adalah;
  • Mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga masuk waktu solat subuh bagi orang-orang Islam.
  • Melakukan aktiviti berjalan kaki disekitar rumah setelah solat subuh/awal pagi.
  • Ini kerana secara rasionalnya, air sejuk yang meresap kedalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak yang berkumpul.
Badan yang sihat itu juga adalah satu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya... So.. hargailah ia sebelum terlambat..


Zaman sekarang ni untuk bangun seawal 4 pagi dan berjaga hingga ke waktu solat subuh adalah berat pada mereka yang jarang melakukannya.

Jadinya perlu juga dan amalan pemakanan yang sihat bagi menjaga tubuh dari terkumpulnya kolesterol yang menjadi penyebab utama serangan sakit jantung yang akibatnya membawa kepada kematian sejak akhir-akhir ini.

Cadangan untuk mereka yang ada kolesterol dan pemeliharaan jantung yang sihat :

Omegaguard Shaklee adalah sebagai langkah menurunkan paras kolesterol jahat dalam badan kita..



Minyak ikan yang terkandung dalam
Omegaguard Shaklee diperlukan untuk kesihatan jantung kerana;

  • Fungsinya meningkatkan paras kolesterol baik dalam pembuluh darah
  • Menyahkan kolesterol jahat kehati untuk disingkirkan
  • Melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul

Disamping itu juga Omegaguard Shaklee mempunyai EPA dan DHA tertinggi berbanding jenama lain.
Omegaguard juga 









Hubungi saya untuk pertanyaan produk/vitamin dan konsultasi percuma!

SMS /Whatsapp : 012-2475576
Normala Ab Shukor
Id Shaklee :917807
FB : Normala Ab Shukor




Clearance Stok 50% Diskaun Vitamin E Shaklee untuk kulit parut berlubang


Assalamualaikum....

Buat julung-julung kalinya pihak Shaklee mengadakan Jualan Penghabisan Stok bagi vitamin yang sangat mendapat permintaan tinggi iaitu VITAMIN E SHAKLEE dengan potongan harga sehingga 50% diskaun... lagi best 50% diskaun tu boleh borong banyak-banyak!!.....Waaaa.... best tak....???

Rugi tak amik peluang sebegini yang jarang sekali dapat.. apalagi jomlah sharing dengan kawan-kawan kita...




Khasiat VITAMIN E Dalam 1 Botol yang tak dapat pada vitamin E lain.....

Istimewanya VITAMIN E ni ialah  ;
.
  • Mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan juga untuk awet muda (kulit lebih tegang dan anjal, bertindak sebagai anti-penuaan)
  • Mengurangkan parut jerawat dan jeragat (juga STRETCH MARK selepas bersalin)
  • Menyembuhkan luka atau kesan lecur dengan lebih cepat (sapu minyak Vitamin E pada bahagian yang luka atau melecur)
  • Kulit dan rambut sihat, menjadi lebih cantik dan lebat
  • Mengatasi kulit kering dengan melembapkan kulit



Vitamin E Shaklee ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT, khusus untuk kulit yang CANTIK, SIHAT and GLOWING.

Apa kebaikan grape seed extract:

šŸ‡Menyingkirkan radikal bebas
šŸ‡Mengurangkan radang (inflammatory)
šŸ‡Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
šŸ‡Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
šŸ‡Mencegah masalah kelenjar prostat
šŸ‡Melambatkan proses penuaan
šŸ‡Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
šŸ‡Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
Membantu fungsi sistem saraf otak
šŸ‡Meningkatkan daya pertahanan badan .


Banyak manfaat yang kita dapat dari Vitamin E Shaklee ni, malah dalam SET KESUBURAN SHAKLEE mencadangkan Vitamin E Shaklee ni diambil untuk tingkatkan kualiti sperm dan jangka hayat lama utk smpai ke fallopio.

Vitamin E Shaklee juga sangat popular dengan tag 'Vitamin Cinta'.... sebab ianya bertindak macam pil viagra untuk memberi tenaga dan menaikkan keinginan bersama pasangan kita... nak selamat dan semulajadi amiklah vitamin E ni yer.....



Untuk lebih berkesan set kulit cantik pulihkan parut dicadangkan pengambilan Vitamin C Shaklee bagi kulit cerah sekata dan membantu hasilkan kolagen untuk kulit cantik




Apa tunggu lagi... stok terhad sapa dulu dia punya... sebab 50% diskaun tu... sapa tak nakkan... saya.. awal-awal lagi dah amik stok untuk diri saya.. murah sangat-sangat.... rugi tak amik!!!



Hubungi saya untuk pertanyaan produk/vitamin dan konsultasi percuma!

SMS /Whatsapp : 012-2475576
Normala Ab Shukor
Id Shaklee :917807


FB : Normala Ab Shukor





JEREBU - kesan bahaya pada kesihatan, rawat sebelum parah


Jerebu adalah kandungan partikel yang sangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu dan diserap ke dalam darah.. akibatnya berlaku serangan keatas paru-paru, jantung dan sistem pernafasan terganggu.



Selain warga emas dan kanak-kanak, penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu ini..

Banyak hospital dan klinik kesihatan mencatatkan peningkatan serangan asma, jangkitan pernafasan, fungsi paru-paru lemah, kejadian susah bernafas atau semput, selain itu batuk dan iritasi pada mata semasa keadaan berjerebu yang melanda. 

Atasi anak asma dengan Omega Guard


Ada juga serangan jantung terjadi akibat terdedah lama dengan udara yang berjerebu ini.

Oleh itu... sebagai langkah berjaga-jaga elakkan diri daripada terdedah pada jerebu dan tingkatkan kebersihan dan pengambilan ubat atau suplemen tambahan untuk menampung kesihatan yang baik.

Bacaan IPU untuk mengetahui tahap udara.



TINDAKAN SEMASA JEREBU

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah jika bacaan IPU lebih daripada 100.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar... orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply.
  • Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. 
  • Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.


KESAN KESIHATAN AKIBAT JEREBU
Bacaan jerebu yang tinggi boleh memburukkan lagi keadaan penyakit kronik yang dihadapi seperti ;

  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
  • Asma
  • Radang paru-paru
  • Sakit jantung
  • Sakit tekak
  • Sakit mata
  • Batuk
  • Selesema

Di Shaklee menyediakan suplemen semasa jerebu untuk semua golongan.



Hubungi saya untuk pertanyaan produk/vitamin dan konsultasi percuma!

SMS /Whatsapp : 012-2475576
Normala Ab Shukor
Id Shaklee :917807
FB : Normala Ab Shukor

COD : Kg. Melayu Subang, Subang Perdana, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya.



Bagaimana Omega Guard Shaklee membantu atasi pesakit asma/lelah


Sumber Wikipidia : Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.






Punca utama serangan asma terjadi adalah disebabkan :

  • alahan seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya

Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.


Ramai pakar-pakar kesihatan menganggarkan 80% daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani masalah/penyakit berkenaan. Walaupun ianya tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.


Cadangan untuk membantu atasi dan meredakan pesakit asma/lelah;

Antara ubatan yang biasa dicadangkan oleh doctor bagi merawat asma/asthma/lelah ini adalah steroid. Akan tetapi kita perlu tahu steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Ada juga para doktor mencadangkan pengambilan Omega adalah lebih baik dari penggunaan steroid.

Ini kerana, kandungan Omega-3 mampu bertindak seperti steroid dan ianya tidak akan sama sekali memberikan kesan sampingan seperti mana steroid.

Bonus : Buat ibu menyusukan bayinya, kerana kandungan DHA dalam Omega Guard akan disalurkan kepada anak (DHA baik untuk perkembangan dan otak anak).




Bagaimanakah suplemen Omega-3 mampu mengatasi penyakit asma?
"Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. Because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos, who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers."Sumber: LiveStrong

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma/lelah mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah dan pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

Dan kebaikan Omega Guard Shaklee adalah membantu menangani penyakit asma/lelah.




Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, terdapat golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%. Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.


Satu kajian dijalankan di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.

Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.


Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak.

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

  • Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
  • Omega 3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk.

Selain itu, kandungan EPA & DHA dalam Omegaguard Shaklee adalah antara yang tertinggi berbanding brand lain di pasaran:




Testimoni anak yang menghidap asma semakin baik dengan konsisten amalkan Omega Guard Shaklee :




Hubungi saya untuk pertanyaan produk/vitamin dan konsultasi percuma!

SMS /Whatsapp : 012-2475576
Normala Ab Shukor
Id Shaklee :917807
FB : Normala Ab Shukor

COD : Kg. Melayu Subang, Subang Perdana, Shah Alam, Subang Jaya dan sekitarnya.


Komen

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Via Email (Do Not Edit Here!)