10 tip rawatan wajah untuk kulit kombinasi

Kulit kombinasi biasanya berminyak sekitar dahi, hidung dan dagu manakala dibahagian pipi dan mata pula mengalami masalah kering. Bagi anda yang mempunyai kulit kombinasi, pasti sukar membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.

Jika tersilap langkah, kulit mungkin kering dan mengelupas. Ada kalanya kulit menjadi terlalu berminyak dan wajah ditumbuhi jerawat. Disini saya kongsikan 10 tip untuk mengatasi kulit kombinasi anda.

**********************************************************************************************************

1. PILIH PEMBERSIH WAJAH YANG SESUAI
Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering. Bagi kesan maksimum, anda digalakkan memilih pembersih yang mengandungi kandungan mineral tanah liat, ia dapat menyerap lebihan minyak pada wajah tanpa membuatkan kulit kering.



2. GUNA PENYEGAR MUKA
Selepas membersihkan wajah, disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar. Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan minyak seimbang. Anda disarankan memilih penyegar khas untuk kulit kombinasi yang tidak mengandungi alkohol.



3. PELEMBAP KHAS
Sapu pelembap secara konsisten, dua kalisehari terutama di bahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan pipi. Namun dikawasan zon 'T' yang berminyak, sapukan krim pelembap secara tipis. Pilih pelembap bertekstur gel atau losyen yang mengandungi lebih banyak air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.



4. ALAS BEDAK YANG TEPAT
Buat anda mempunyai kulit kombinasi, pilih alas bedak jenis matte atau pressed powder yang mengandungi tabir suria minimum SPF 15. Ia membantu mengawal lebihan minyak dan mengelakkan kulit menjadi kering.


5. KRIM PERLINDUNGAN CAHAYA MATAHARI
Jika anda tidak menggunakan alas bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide, zinc oxide atu avobenzone. Kombinasi bahan ini amat sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit jenis kombinasi. Produk yang tepat akan membuatkan kulit anda halus, licin, lembap dan tona menjadi sekata.


6. BEDAK TABUR
Agar penampilan tampak natural, gunakan bedak tabur. Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata. Litupan lebih sempurna dan tidak bercapuk. Namun bagi anda yang menggemari bedak padat, pilih produk yang berasaskan minyak, noncomedogenic dan hypoallegenic.


7. MASKER WAJAH
Masker berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato dan lidah bauay amat sesuai untuk anda. Pilih masker berbentuk gel atau clay mask untuk kawasan wajah berminyak (dagu, dahi dan hidung) dan masker krim khusus bahagian wajah yang kering (pipi, mata dan bibir)



8. SUPLEMEN/VITAMIN
Walaupun menggunakan produk kecantikan, anda digalakkan mengambil suplemen tambahan. Produk kecantikan kebanyakkannya hanya merawat luaran, suplemen pula merawat dari dalaman. Amalkan suplemen seperti vitamin A,C,E dan Zink. Suplemen membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah anda.



9. PERAWATAN MALAM
Jangan jadikan letih sebagai alasan mengabaikan penjagaan wajah pada malam hari. Selepas membersihkan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata. Pilih produk krim malam yang mengandungi tretinoin. Ia membantu pertumbuhan sel baru ketika anda tidur. jenis losen atau gel adalah yang terbaik.








10. MINUM AIR SECUKUPNYA
Selepas melengkapkan rejim kecantikan anda, jangan lupa amalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air yang mencukupi akan membantu wajah tampak segar, berseri dan lembap.




ESP Shaklee Non-Gmo Soy Protein, pengambilan berterusan dapat membantu cantikkan kulit wajah. Kulit cantik berseri-seri. Insyaallah. Kebaikan ESP Shaklee :

✿- Membina sel2 baru utk kulit cerah dan bersih

✿- Pulihkan pigmentasi - kulit berseri, tona kulit sekata, pulihkan parut jerawat.

✿- Ibu hamil lebih bertenaga dan berseri, menyusukan anak (act as milk booster) dan semasa berpantang memberi tenaga selepas melahirkan.

✿- Membantu mengurangkan paras kolesterol dan penyakit jantung.

✿- Membantu mengawal masalah diabetes.

✿- Membantu memberi tenaga segera... mereka yg sering letih dan lesu

✿- Membantu menurunkan berat badan – NAK KURUS!!! Sebab ESP mengenyangkan..

✿- Bantu pulihkan gastrik dan bagus utk mereka yang baru pulih dari sakit.

✿ Lagi Resepi ESP sedap dan enak.. Klik sini.

✿Tips Kulit Cantik dan Berseri

Untuk lebih cantik lagi diminum bersama KOLAGEN SHAKLEE untuk kulit halus mulus.

Klik sini untuk Kolagen Shaklee best gila! KLIK SINI.



PERHATIAN!!!
  • Elakkan membersihkan wajah terlalu kerap kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kering. Cukup sekadar membersihkan wajah dua kali sehari.
  • Gunakan tisu khas untuk menyerap lebihan minyak pada wajah.
  • Jika mampu, lakukan perawatan pengelupasan sebulan sekali di spa.
  • Jangan sesekali memicit jerawat atau menyentuh wajah dengan tangan kotor. Ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan parut.


Semoga apa yang dikongsikan dapat menjadi panduan untuk kita semua. terima kasih kerana melawat blog saya... sebarkan kepada teman-teman dan keluarga anda info yang bermanfaat ini. Jumpa lagi!!

Hubungi saya untuk kosultasi percuma dan cara pengambilan yang berkesan.

Normala [917807]
SMS/Whatsapp : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com







Pemakanan berkhasiat dan terbaik semasa ibu hamil/mengandung

Makanan terbaik buat ibu hamil/mengandung

Pemilihan makanan berkhasiat membantu membekalkan tenaga nutrien dan pembentukan janin yang sempurna ketika kehamilan terutama bagi kandungan yang sudah memasuki trimester kedua. Berikut adalah senarai pilihan makanan yang berupaya membekalkan pelbagai nutrien kepada anda dan bayi dalam kandungan.


1. Kekacang  
Membekalkan fiber, protein, zat besi, folate, kalsium dan zink kepada bayi.
2. Daging – 
Kaya dengan vitamin B6, B12, niasin, protein, zat besi dan zink. Selain itu, ia juga mengandungi kolin yang bagus untuk pembentukan otak bayi.

3. Beri – 
Aneka beri seperti strawberi, blueberi, raspberi dan lain-lain memiliki karbohidrat, vitamin C, potassium, folate, fiber dan serat. Kandungan phytonutrien di dalam beri melindungi sel daripada sebarang kerosakan.

4. Brokoli – 
Sebagai sumber folate, fiber, kalsium, lutein, zeaxanthin, carotenoids dan potassium yang bagus untuk keseimbangan cecair dan tekanan darah yang normal. Brokoli juga mengandungi bahan yang memproduksi vitamin A di dalam darah.

5. Telur – 
Mengandungi protein dan membekalkan asid amino yang diperlukan oleh anda dan bayi. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral seperti kolin, lutein dan zeaxanthin. Sesetengah jenama telur turut membekalkan omega-3 yang diperlukan untuk pembinaan otak bayi.

6. Susu – 
Sumber terbaik bagi mendapatkan kalsium, fosforus dan vitamin D yang penting untuk pembinaan tulang bayi. Vitamin A dan vitamin B juga terkandung di dalam susu.

7. Jus Oren-  
Sama seperti susu, jus oren member kalsium dan vitamin kepada bayi. Sebagai tambahan, jus oren turut membekalkan vitamin C, potassium dan folate.

8. Ikan Salmon – 
Membekalkan protein, vitamin B dan lemak omega-3 yang membantu pembinaan otak bayi.

9. Ubi Kentang – 
Mengandungi vitamin C,folate, fiber, karetoid dan potassium yang bagus untuk bayi.

Petua ibu selepas bersalin. klik sini.

Pelbagai masalah kesihatan semasa hamil/mengandung dapat dielakkan jika amalan pengambilan makanan yang sihat dipraktikkan. Sayangilah anak dalam kandungan lagi kerana apa yang kita makan akan disalurkan pada anak, seringkali kita mendengar dan melihat anak-anak kecil terkena serangan kuman kerana sistem pertahanan diri lemah disebabkan pemakanan semasa ibu hamil tidak dijaga.

Dapatkan suplemen tambahan semulajadi untuk membantu cukupkan nutrisi ibu dan anak semasa hamil/megandung. klik sini. Vitamin ibu hamil.

Hubungi saya untuk pertanyaan Set Vitamin ibu Hamil 
SMS/Whatsapp : 012-247 5576Normala [917807]Shaklee Independent Distributor


Ingin berdaftar JADI AHLI Shaklee. KLIK SINI
DAFTAR AHLI UNTUK LEBIH JIMAT SEHINGGA 15-25%!!!!



Cara mengatasi kencing manis ketika mengandung/hamil

Kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetes gestasi sering berlaku kepada ibu-ibu hamil dimana risiko sangat tinggi kepada bayi jika tidak diambil langkah pengawalan secara sihat.

Ibu hamil yang menghidapi diabetes dinasihatkan melahirkan anak dua minggu lebih awal bagi mengelakkan komplikasi seperti bayi terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi.


Kesan kencing manis pada kehamilan
Ibu dinasihatkan mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Di Shaklee mencadangkan set diabetes untuk ibu hamil bagi membantu mengawal tahap gula dalam badan dari menjadi lebih banyak dan membantu penghasilan insulin pada tahap yang baik. Set diabetes  untuk ibu hamil ialah terdiri daripada : Vitalea, B. Compleks & Ostematrix.




Dapatkan set diabetes untuk ibu hamil anda sekarang. 
Set vitamin ibu hamil Shaklee. Klik sini.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma.
Normala [Shaklee Independent Distributor | I.D : 917807]
SMS/Whatsapp : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com
COD : Subang Perdana, Shah Alam.









Diabetes - turunkan kadar gula kencing manis hanya 2 minggu

Diabetes
Diabetes atau penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) berlaku apabila keadaan dimana hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) iaitu selepas pengambilan makanan.

Diabetes mellitus menyebabkan timbulnya berbagai penyakit berat seperti stroke, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang. Dari tahun ke tahun jumlah penderita diabetes mellitus semakin meningkat dari kanak-kanak hingga dewasa dan golongan tua.
Pengidap diabetes mellitus harus menjaga dan memantau kadar gula dalam darahnya pada tahap normal. Kadar gula darah normal adalah 200mg/dl. Penderita diabetes mellitus juga akan menjalani rawatan untuk seumur hidupnya. 


 

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) - juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II) - boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan menyebabkan penghasilan insulin yang berkurangan.
Oleh kerana masih mempunyai lebihan/sedikit insulin dari pankreas, ianya boleh dikawal secara memantau pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan konsisten pengambilan ubat (suntikan insulin diperlukan jika pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Gejala-gejala penyakit diabetes/kencing manis:-
1. Sering buang air kecil terutama dimalam hari
2. Beberapa bahagian tubuh terasa kesemutan (baal atau hilangnya rasa raba) akibat gangguan pada jaringan bawah kulit, kejang ditangan dan kaki.
3. Cepat merasa lapar dan haus
4. Berat badan menurun, tetapi nafsu makan bertambah
5. Cepat merasa lelah dan mengantuk
6. Mudah timbul bisul atau abses dengan kesembuhan yang lama
7. Gatal-gatal terutama pada kelamin bagian luar
8. Gairah seks menurun
9. Penglihatan kabur disertai dengan seringnya berganti kaca mata.
10. Luka lambat sembuh.


Komplikasi besar disebabkan diabetes/kencing manis ialah : 
1. Saraf dan salur darah rosak
2. Buta
3. Serangan jantung, stroke
4. Kegagalan fungsi buah pinggang
5. Luka lambat baik dan pemotongan kaki
6. Mati pucuk dll.


Jika penderita adalah ibu hamil, risiko kepada keguguran atau janin mati dalam kandungan adalah tinggi, atau jika bayi dilahirkan selamat, biasanya berat badannya boleh melebihi 4 kg. Sila dapatkan nasihat doktor dan jadual pemeriksaan berkala untuk ibu hamil yang menghidap diabetes untuk pemantauan yang lebih teliti. Suplemen untuk ibu yang menghidap kencing manis. Klik sini.



Cara kawalan diabetes
Secara umumnya diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini, belum ada ubat atau penawar yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan/suplemen
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
  • Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat penyakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
  • Jadual pengambilan ubat dan kuantiti yang diperlukan
  • Jenis rawatan yang diterima
  • Dimana hendak mendapat ubat
  • Kandungan ubat yang tidak memudaratkan atau memberi kesan kepada penyakit lain.

Seramai testimoni pesakit diabetes/kencing manis telah berjaya mengawal tahap gula dalam darah dengan pengambilan VIVIX SHAKLEE. 

Vivix Shaklee adalah asas kesihatan yang menyeluruh dan anti-penuaan yang terbaik didunia. Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular iaitu :

1) Melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA pada tahap sellular.
2) Memberi impak positif kepada pengawalan genetik dengan menolong melambatkan proses penuaan sebelum waktunya. "Muda 25 tahun daripada usia sebenar".
3) Membantu menggalakkan biogenesis (pembentukan baru sel-sel sihat) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
4) Membantu atasi pembentukan protin AGE yang menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan menggangu keutuhan sel. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat daripada resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukkan protin AGE.

Bagaimana Vivix bertindak untuk pesakit diabetes/kencing manis?

Vivix mencegah penghasilan AGE protin iaitu kandungan gula berlebihan + protin yang menyebabkan atherosclerotic, sel mati. Menghasilkan insulin untuk membantu sel badan menyerap glukos dengan baik.


Kenapa berkira-kira untuk kesihatan? VIVIX telah membuktikan kesannya dengan baik sekali,  malah telah ramai yang mengamalkannya telah meneruskan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

Dapatkan satu hari ini untuk mak, ayah dan mereka yang tersayang. Berusaha adalah jalan terbaik daripada menyerah kalah begitu sahaja. insya allah.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Normala [Shaklee Independent Distributor | I.D : 917807]
SMS/Whatsapp : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com
COD : Subang Perdana, Shah Alam.

8 Petua ibu selepas bersalin

Petua zaman berzaman sejak dulu lagi.

Petua nenek moyang kita banyak memberi kesan dan kebaikan jika diamalkan dan amat mudah sekali cara mempraktikkannya.Jika konsisten dgan dengan petua-petua yang diturunkan, kesannya amatlah mengagumkan.



Jom kita tengok apa petua yang sangat baik amalannya memberi kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam;

1. Segarkan badan selepas bersalin.
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian direbus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Air rebusan tadi dibiarkan suam-suam untuk dibuat mandian setiap pagi sehingga hari ke-40 selepas bersalin.

2. Naikkan seri wajah.
Dapatkan beberapa ranting daun inai, bersihkan kemudian rebus dengan api yang sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan malam. Amalkanlah 2 atau 3 hari seminggu.

3. Kecutkan rahim ibu
Ambillah senggenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya sekali. Rebuskan bersama daun pucuk pokok sepagi berdiri. Minumlah air rebusan tadi selama 3 hari berturut-turut pada setiap pagi.... boleh juga diamalkan berterusan.

4. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Diamalkan 3 hari seminggu sepanjang tempoh waktu berpantang/bersalin. Hasilnya luka akan cepat sembuh dan menaikkan seri wajah.

5. Sembuhkan luka bersalin
Luka bersalin normal atau bersalin pembedahan bolehlah amalkan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan dicampur dengan satu sudu besar madu lebah asli pada setiap hari. Luka akan cepat baik dan memberi tenaga kepada tubuh badan.

6. Luka jahitan cepat baik
Ambil beberapa daun sireh, garam kasar dan beberapa biji manjakani. Rebus kesemuanya dan biarkan air rebusan tadi suam-suam. Bolehlah dibuat bilasan terakhir selepas membuang air kecil atau besar.

7. Tambah susu badan
Ibu-ibu yang pertama sekali baru melahirkan anak pasti menghadapi masalah kurang susu badan, bagi mengatasinya, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya. Bahan-bahan tadi direbus dan makanlah bersama nasi panas pada setiap hari. Tips banyakkan susu ibu. Klik sini.

8. Set berpantang Shaklee
Diambil sejurus selepas melahirkan untuk memberi tenaga kepada ibu yang keletihan selepas bersalin. Sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang alah pada jamu dan tidak memberi kesan kepada anak yang menghidap kuning. 

Testimoni ibu-ibu yang membuat pilihan tepat dengan set bersalin shaklee ini. 
KLIK SINI!!!

Set Berpantang Terbaik. KLIK SINI!!!

Cuba dan ibu-ibu pasti kesan yang sangat puashati!!!

Hubungi normala untuk pertanyaan dan konsultasi percuma;
SMS/WASSAP : 012-2475576
E-MAIL : vitaminsihat2u@gmail.com

Cara mendidik anak mengikut cara Sayidina Ali R.A


Anak adalah anugerah Allah yang amat indah yang tidak tolok bandingannya. Jadi, tidak hairanlah jika setiap perkara berkaitannya amat diberikan perhatian. Didikan awal yang sempurna akan memastikan kehidupan masa depannya yang cemerlang dan indah menurut aturan dalam islam.


Pesanan Saidina Ali R.A : “Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
  • 7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih saying. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
  • 7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
  • 7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, disaat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh merosakkan akhlak mereka”.

Fasa 1 – Perlu dimanja

Melalui kalam Saidina Ali ini, dapat dirungkaikan tiga peringkat penting dalam kehidupan anak-anak. Peringkat pertama pada usia 0-6 tahun iaitu 7 tahun pertama pendekatan yang terbaik untuk mendidik anak-anak ialah dengana memanjakan dirinya. Berikan kasih saying yang melimpah ruah kepadanya. Ini kerana, anak-anak pada usia amat memerlukan kebergantungan dari sudut fizikal.

Apa yang diterjermahkan oleh ibu bapanya dalam bentuk ini akan lebih terkesan dalam dirinya. Contohnya, jika kita sentiasa senyum kepadanya, dia akan merasakan limpahan kasih saying yang sedang dicurahkan kepadanya. Anak pada usia in belajar keberadaa dan penglibatan kita bermain bersamanya dapat menterjermahkan kasih saying kita kepadanya.

Anak-anak yang banyak dirangsang dengan kasih saying pada usia ini akan membina keyakinan terhadap dirinya dan orang lain. Sebaliknya jika mereka tidak mendapat keperluan ini, mereka akan membesar sebagai individu yang kurang berkeyakinan dan sentiasa dalam keadaan cemas terhadap keselamatan diri (trust versus mistrust)



Fasa 2 – Terapkan disiplin

Fasa kedua ini kehidupan iaitu 7-13 tahun. Fasa ini dipanggil fasa kanak-kanak dimana anak-anak wajar diterapkan dengan disiplin yang tinggi. Mereka berhak diberitahu mana yang wajar dilakukan dan mana tidak wajar dibuat.

Disiplin bukan bermaksud garang. Ibu bapa wajar menetapkan peraturan untuk anak-anak dan tegas dalam menguatkuasakan peraturan yang telah dibuat. Anak pada waktu ini memerlukan kebergantungan kognitif. Mereka memerlukan tindakan rasional pada satu-satu peraturan yang ditetapkan.

Jekaskan kepada mereka denga baik dan boleh menjatuhkan hukuman untuk tujuan mendidik jika masih mengulanginya lagi. Marahlah sederhana atau tahap ini amat penting untuk membentuk disiplin dan akhlak anak-anak.

Bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W tentang suruhan memukul nak jika anak tidak melakukan solat ketika usianya 10 tahun kerana perkembangan minda anak di waktu ini sudah boleh memahami dan bergantung kepada apa berlaku sekarang dan disini (here and now). Galakan dalam bentuk pujian dan hukuman (reward and punishment) dapat membentuk dan member panduan kepada mereka apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak.


Fasa 3 – Bersahabat dengan anak


Seterusnya, pada fasa 7 tahun ketiga iaitu 14-20 tahun berkawanlah dengan mereka. Jadilah kawan anak yang paling akrab sehingga mereka boleh mencerikana semuanya dengan kita. Berilah pandangan dan pendapat anda sebagaimana seorang rakan, pandu anak anda dengan nasihat yang baik kerana kekerasan pada ketika ini hanya meretakkan hubungan anda berdua.

Pada usia iniamat memerlukan pengiktirafan daripada kedua ibubapanya. Kebergantungannya sekarang tertumpu kepada kebergantungan emosi. Jadi berilah ruang untuknya berkongsi dengan kita danjadilah pendengar yang setia. Sering adakan perbincangan santai dengannya dan tegurlah kesilapannya dengan cara yang baik.

Akihirnya, setelah anak mencapai umur dewasa iaitu 21 tahun keatas, layanilah mereka seperti orang dewasa. Usah diherdik atau dimarahi persis budak malah disantuni mereka dengan baik.

Walaupun telah dewasa, anak-anak memerlukan dorongan dan sokongan daripada ibubapanya. Kita tetap menjadi rujukan untuk dia melakukan atau membuat sesuatu keputusan. Jadi, kongsi pendapat kita dengannya namun jangan pula memaksa dia mengikutinya cukuplah sekadar panduan dan berilah peluang untuk dia memutuskan pilihannya.


=> Vitamin untuk anak tambah selera makan : klik sini!


Normala [917807]
Pengedar Shaklee Subang Perdana
Hubungi : 012-2475 576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com



vitamin untuk anak tambah selera makan dan kurang fokus belajar

Keperluan nutrisi lengkap untuk anak membesar sihat dan cerdas.


Semua ibubapa akan alami masalah yang sama bilamana pada satu tahap anak tidak mahu makan atau hilang selera untuk makan.. pada mereka tak makan pon tak apa janji boleh main... mengikut kata doktor, akan ada keadaan begitu dan ibubapa perlulah bijak menyeimbangkan diet harian mereka supaya cukup untuk keperluan tubuh anak. Jangan sampai hilang kesemua nutrisi dalam tubuh, ini kerana boleh mengganggu perkembangan tubuh untuk membesar dan sekaligus senang diserang jangkitan penyakit. Anak-anak memerlukan vitamin lengkap seperti vitamin B12, zat besi (iron), zinc, kalsium, lemak omega-3 yang boleh didapati dengan pengambilan suplemen tambahan multivitamin dan mineral.

 Telah ramai ibu-ibu mencuba mealshakes yang kaya dgan multivitamin dan mineral semulajadi sebagai pilihan terbaik untuk atasi masalah anak mereka dan berpuashati dgan kesan yang sangat-sangat memberangsangkan.

Mealshakes mengandungi kesemua vitamin dan multivitamin lengkap keperluan untuk anak-anak membesar dengan sihat dan cergas. Membekalkan cukup vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh dan merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein, kalsium dan index glisemik rendah sesuai untuk semua golongan anak-anak dan orang dewasa lelaki dan perempuan.


Mealshakes Terbaik :-
- Nutrisi lengkap : menyediakan 19 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
- Membekal Nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dgn protein untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll.
- MEMBANTU TUMBESARAN- mengandungi asid folik,biotin,KAYA DGN KALSIUM DAN MAGNESIUM untuk membina tulang dan sel2 untuk proses membesar
- MENGANDUNGI ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
- Detoksifikasi: Kaya Dengan Serat Untuk Bantu Buang Lemak Berlebihan Dan Sisa Buangan Dari Perut Dan Usus (Bagus untuk mencegah sembelit)
- Menguatkan sistem immuniti tubuh terhadap serangan penyakit
- Membantu perkembangan minda dan IQ anak
- Menambah selera makan anak-anak
- Membantu masalah sembelit
- Mengatasi masalah selalu demam selsema dan asma
- Menguatkan antibodi sebagai perlindung dari sebarang serangan virus berbahaya
- Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

*Digalakkan ambil untuk ibu hamil yang mabuk dan tidak boleh menelan ubat.

info mealshakes:
http://vitaminsihat2u.blogspot.com/2013/07/vitamin-terbaik-untuk-anak.html


Keperluan omega-3 dalam perkembangan otak simanja untuk membesar;


Kepentingan omega adalah untuk merendahkan paras kolesterol merbahaya dalam badan, juga untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan mengawal tekanan darah pada tahap normal. Seramai ibu-ibu hamil mula mengambilnya pada trimester ke-2 dan trimester ke-3 untuk membantu perkembangan otak janin dalam kandungan lagi. Ini kerana omega yang kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayai mampu menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang sihat. Omega juga adalah yang terbaik bagi menyokong dalam kesihatan fungsi sendi bagi mengurangkan keradangan atau bengkak sendi.

Anak-anak yang sedang belajar memerlukan daya ingatan dan kekuatan memori untuk belajar, jadinya fungsi omega-3 ini adalah untuk merangsang otak anak supaya fokus kepada apa jua aktiviti dan pembelajaran yang berlaku. Kanak- kanak yang hiperaktif digalakkan mengambil omega-3 untuk mengawal saraf aktif supaya berfikir dengan rasional dan memudahkan menerima arahan daripada orang disekelilingnya.


Hubungi Normala untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma berkaitan suplemen shaklee.
SMS/ Whatsapp 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com

Petua awet muda dan kulit cantik, kulit anjal berseri seawal 7 hari

Kulit anjal seawal 7 hari
Semakin kita menua, tubuh semakin kurang kolagen dari hari kehari. Kesannya dapat dilihat dengan adanya tanda garis halus mula kelihatan, kulit hilang keanjalan dan semakin kendur dan terdapat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat, jerawat, kulit kusam dan tidak sekata, kulit nampak tua sebelum tiba masanya. Punca kehilangan kolagen dalam tubuh badan kita dengan amalan pemakanan yang tidak sihat, kurang nutrisi, berada diluar rumah dalam jangka masa lama, pencemaran udara, air dan asap rokok.

Salah satu cara selain daripada penjagaan luaran, pengambilan makanan yang berkhasiat juga penting untuk mengekalkan kulit segar dan cantik. Pelbagai petua telah dicuba namun adakalanya ianya tidak sesuai dengan kulit seseorang.. Perlu tahu juga setiap orang mempunyai tekstur, keadaan dan masalah kulit yang berbeza, jadinya apabila mencuba sesuatu yang baru, perlulah bersikap ambil tahu untuk mengelakkan kulit menjadi rosak dan sekaligus mendatangkan masalah kesihatan.



Oleh itu, Shaklee Kolagen/Collagen Powder mampu membantu kulit mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran garis halus sebelum usianya.
Hanya dengan 1 sachet sehari sahaja, Kolagen Shaklee mampu mengatasi masalah kulit yang sangat perlukan rawatan dalaman secara semulajadi.


Kenapa memilih Kolagen Shaklee/Shaklee Collagen Powder?
Kolagen Shaklee berbeza dari pasaran sekarang ini kerana ramuannya dengan 7 bahan paling utama iaitu ekstrak biji camelia japonica, ekstrak pfaffia, kolagen tulen dan bermutu dari sisik ikan merah laut dalam, ekstrak kekerang, lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B digabungkan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.

Kolagen Shaklee telah terbukti dengan ujian klinikal yang membawa keputusan ; kulit kembali lembut, lembap semulajadi, tanpa garis halus dan menjadikannya berseri-seri seawal 1 minggu dan perlu diingatkan kesannya bergantung pada badan seseorang, paling betul-betul berkesan, ianya adalah 4-8 minggu.


Siapa sesuai amik kolagen /collagen Shaklee?
Kolagen/Collagen Shaklee amat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:

✿Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
✿Gusi yang tidak sihat
✿Rambut kering dan bercabang di hujung
✿Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
✿Garis halus pada leher
✿Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
✿Payudara dan punggung kelenturan
✿Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
✿Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
✿Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
✿Gusi yang tidak sihat
✿Rambut kering dan bercabang di hujung
✿Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
✿Garis halus pada leher
✿Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
✿Payudara dan punggung kelenturan
✿Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
✿Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan


Apa kebaikan kolagen /collagen Shaklee?

-Mengembalikan keanjalan kulit
-Meningkatan kelembapan kulit
-Mengelakkan kulit kering
-Mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah
-Menegangkan payudara dan punggung
-Anti-penuaan
-Mengurangkan kedutan
-Mengecilkan lubang pori-pori di wajah
-Mengurangkan 'eye bag'
-Meningkatan kecergasan tubuh badan
-Memberikan kesuburan rambut
-Membantu masalah sakit sendi
-Baik untuk mata kerana bahagian mata yang ada kornea yang memerlukan kolagen untuk menganjalkan otot-otot disekeliling mata.
-Memastikan fungsi otak sentiasa sihat, Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak kita mendapat manfaat kolagen agar minda tetap dalam keadaan baik sampai ke usia tua kita.

Klik sini untuk lebih info:-
http://vitaminsihat2u.blogspot.com/2014/02/collagen-powder-shaklee-adalah-yang.html



Semoga apa yang dikongsikan dapat menjadi panduan untuk kita semua. terima kasih kerana melawat tapak saya... sebarkan kepada teman-teman dan keluarga anda info yang bermanfaat ini. Jumpa lagi!!


Hubungi saya untuk kosultasi percuma dan cara pengambilan yang berkesan.
Normala [917807]
SMS/Whatsapp : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com




Komen

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Via Email (Do Not Edit Here!)