Khasiat, Kebaikan Habbatus Sauda Magic Blue Serta Dapatan Kajian Pakar
Khasiat, Kebaikan Habbatus Sauda Serta Dapatan Kajian Pakar Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan. Rempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Jenis tanaman ini digelar sebagai tanaman ubat dalam sejarah perkembangan awal agama Islam. Habbatus sauda mempunyai banyak nama lain, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, bijan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru, dll. Ia digunakan sebagai herba ubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi. Khasiat habbatus sauda banyak tercatat dalam catatan ilmuwan terdahulu. Ibnu Sina adalah antara pengkaji manfaat habbatus sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pe