Khasiat, Kebaikan habbatus sauda Magic Blue
HABBATUSSAUDA
Antara produk yang dihasilkan oleh Magic Blue.
GAYA hidup masyarakat Muslim banyak terdorong dengan pelbagai sunah Nabi Muhammad SAW terutamanya dalam pengambilan makanan yang berkhasiat seperti habbatus sauda.
Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang perubatan masyarakat di Timur Tengah sejak ribuan tahun lalu.
Atas dasar tersebut, Pengarah Urusan Magic Blue Holding Sdn Bhd (Magic Blue), Md Najmuddin Sulaiman berpandangan habbatus sauda perlu dijadikan salah satu makanan kesihatan tambahan kepada seluruh masyarakat.
Najmuddin, 34, berkata, dengan idea tersebut, terhasillah produk pil MagBlue Habbatus Sauda (MagBlue).
![]() |
Md Najmuddin Sulaiman |
โSejak diperkenalkan pada tahun 2015, MagBlue merupakan produk paling popular yang dikeluarkan syarikat kami dan mencatatkan jualan sehingga ribuan botol setiap bulan,โ katanya yang berasal dari Kelantan.
Kajian menyeluruh
Menurut Najmuddin, minat yang mendalam terhadap habbatus sauda telah mendorong dirinya untuk mencuba menghasilkan produk yang berasaskan tumbuhan tersebut dengan melakukan kajian yang menyeluruh.
Beliau telah melakukan kajian selama dua tahun untuk memastikan kualiti dan khasiat habbatus sauda tidak akan hilang walaupun diproses menjadi kapsul.
โSaya membuat kajian menggunakan habbatus sauda diimport dari negara Arab Saudi. Saya melakukan beberapa proses untuk menilai sejauh mana kualiti habbatus sauda itu untuk dijadikan kapsul.
โAlhamdulillah, keberkesanannya masih lagi ada sehingga 98 peratus dan oleh sebab itulah saya beranikan diri keluarkan produk ini. Ia memang membantu orang ramai yang mahukan habbatus sauda yang telah diproses dan berbentuk pil,โ katanya.
Najmuddin berkata, walaupun ia merupakan produk keempat daripada lima produk yang dihasilkan, namun ia mendapat sambutan memberangsangkan berbanding produk-produk lain yang juga banyak berasaskan bahan-bahan asas sunah Nabi Muhammad SAW.
MEXBLUE mencatatkan jualan tertinggi berbanding rangkaian produk Magic Blue yang lain.
Anak kedua daripada 14 adik beradik ini berkata, magnesium dan kalsium yang ada dalam habbatus sauda membantu meningkatkan tenaga, melegakan tekanan dan memulihkan kepenatan manakala โtryptophanโ dan โthiaminโ membantu pengeluaran serotonin dan menjadikan tidur lebih lena.
Malah katanya, pelbagai fungsi lain terutamanya magnesium dalam habbatus sauda membantu untuk menghalang hipertensi dan menstabilkan serta mengekalkan tekanan darah kepada normal.
โMagBlue atau dengan nama baharunya Habbatus Suada Magblue (MEXBLU) dihasilkan dari habbatus sauda Gred A yang diimport khas dari Mesir,โ katanya.
Tumpuan pasaran online.
Kata Najmuddin, pihaknya memang menumpukan pasaran produk-produk Magic Blue melalui dalam talian (online) dan jualan amat memberangsangkan apabila mereka mendapat keuntungan berganda sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
โKami menumpukan kepada pasaran dalam talian dan Alhamdulillah kami menerima sambutan memberangsangkan kerana kebanyakan ejen kami tidak dapat keluar bekerja. Maka inilah masa sesuai untuk mereka berniaga dalam talian.
โBuat masa ini, produk kami melibatkan pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei. Kami bercadang untuk meluaskan pasaran ke negara-negara Asia, namun ia masih lagi di peringat perancangan awal,โ katanya.
Najmuddin berkata, Magic Blue telah mencatatkan jualan mencapai RM5 juta pada tahun lalu dan menyasarkan jualan berjumlah RM10 juta pada tahun ini didorong oleh penjualan MEXBLU yang sangat mendapat perhatian ramai.
![]() |
Kakitangan Magic Blue sentiasa memberikan layanan terbaik kepada pelanggan dari seluruh negara. |
Rancang hasilkan dua produk baharu Menurut Najmuddin, pihaknya dalam proses menghasilkan dua produk baharu iaitu pencuci muka dan minuman susu berasaskan barli, kurma dan madu.
โKami juga merancang menambah ejen dan menghasilkan lagu untuk pemasaran kami. Kalau kita lihat, setiap produk akan ada lagu mereka sendiri untuk tujuan pemasaran.Kami dalam proses terakhir menghasilkan lagu itu,โ katanya.
๐ Klik sini untuk Daftar ejenโ๐
โKami turut mengalu-alukan kemasukan ejen baharu dari seluruh negara,โ katanya.
Nama syarikat: Magic Blue Holding Sdn Bhd
FB: @normala shukor
IG: @normala_magicblue
Tel : 012.2475576
๐ Klik sini untuk Daftar Ejen : ๐
Ulasan