Cara dan panduan merawat, kurangkan gout dengan Performance Drink Shaklee dan Pengedar Shaklee Subang Perdana


 Penyakit Gout? 


Apa itu gout?
Gout terjadi hasil daripada pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.
Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa.

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut adalah 7 cara dan  panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout. 


1) Kekalkan hidrasi;
Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.


2) Elak minuman keras;
Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

3) Elak beli ubat gout di kaunter;
Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan.

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

4) Makan secara sihat;
Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat.

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

5) Mengekalkan berat badan; 
Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat.

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang.

6) Rehat; 
Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

7) Halia;
Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus.
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan.

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.
Sumber : beritaharian.com

Untuk mengelakkan dehidrasi daripada berlaku, pengambilan Performance Drinks berterusan adalah yang terbaik untuk atasi rasa kekeringan yang melampau, lebih-lebih lagi dalam musim panas ini.

Sangat bagus untuk atasi sakit gout kerana Performance Drinks telah diuji, membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drinks mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.
Kenapa saya syorkan Performance Drink?
  • Performance Drinks adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar) berbanding minuman isotonik diluar sana.
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus mengatasi masalah dahaga – KURANG BERASA HAUS!
  • Bersifat isotonik kerana mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dalam darah kita dan kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya - tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT YANG MELAMPAU!
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan dan sangat baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot)
Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
  • Ibu hamil dan yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
  • Mereka yang sedang alami demam denggi.
SET UNTUK GOUT : 
Alfalfa - Menurunkan asid serum (alkalin)
Omega - Mengurangkan inflamasi sendi
Performance Drink - Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan dan sangat baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot)




Sebarang pertanyaan atau pembelian sila hubungi saya:

Normala Ab. Shukor
Email: vitaminsihat2u@gmail.com
No. Hp: 012-2475576 - SMS/Whatsapp
Shaklee Independent Distributor 
Kawasan COD: Subang Perdana – Subang Jaya – Shah Alam – P. Jaya dan kawasan sekitarnya




Rawat tumit merekah, ruam, gatal kulit dengan Kebaikan Herbal Blend Shaklee

Sejak akhir2 ni ramai pulak yang tercari-cari Herbal Blend Cream Shaklee ni sampaikan stok kat HQ kehabisan dan kenalah tunggu lagi utk stok baru masuk.. tapi saya sempat jugak grabb beberapa tiub utk stok saya dan customer regular saya yang memang sentiasa order Herbal Blend Cream ni... memang best jer bila sapu kat kulit.. nyaman dan tak melekit... Kalau ada yang baru nak try, kena cepat-cepatlah ye coz stok dah semakin menyusut.

Apalah keistimewaan sangat Herbal Blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli?
Jom baca kebaikan Herbal Blend yang unik ini ...



1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali anak2 saya terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang. tak melekit dan cepat meresap dalam kulit.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah....

3. Ubat luka atau melecur
Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun, Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalanya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut.

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.



Herbal Blend untuk bermacam kegunaan seisi rumah.



Kenapa Herbal Blend Cream menjadi pilihan anda seisi keluarga?
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
Dingin, bermentol dan tidak berminyak. 


Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary) Jadi, untuk dapatkan Herbal Blend ni, cepat-cepat hubungi kami. Harga tak mahal pun dan mampu milik utk setiap rumah. Tak cukup 1 kena order 2-3 untuk anak2. suami isteri dan sedara-mara... Berbaloi sangat dengan khasiatnya!

Klik sini!!! Rahsia kulit cantik dan berseri.
Merawat kulit kusam, kesan parut, cela dan tona tidak sekata. Klik sini :


Hubungi saya untuk pengambilan yang berkesan dan konsultasi percuma hanyalah dari vitaminsihat2u.
SMS/Whatsapp Normala : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com

COD: Subang Jaya – Shah Alam – Damansara – Petaling Jaya – Subang Perdana - Kg. Melayu Subang dan kawasan sekitarnya.
POST LAJU : 2-4 hari bekerja.

 

Ingin mendapatkan vitamin pada harga ahli?

Sudah semestinya! CARANYA...
Hanya DAFTAR AHLI anda akan mendapat harga ahli - (jimat 15-25%) dan kelebihan lain bila mendaftar ahli Shaklee.



Jangan tunggu lagi, mendaftarlah dengan segera kerana yuran hanyalah SEUMUR HIDUP iaitu sebanyak RM65.00 (tambahan RM10.00 untuk kos pengeposan kit ahli utk Semenanjung Malaysia dan RM20.00 untuk pengeposan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan)

Klik sini utk mendaftar ahli pada hari ini :


JOINT AHLI SHAKLEE














Kebaikan dan Kelebihan Vitamin E Shaklee / Vitamin E Complex

Vitamin E Shaklee / Vitamin E Complex :

  • Penting untuk pemulihan dan kecantikan kulit 
  • Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
  • Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
  • Mempercepatkan proses pemulihan kulit,bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering
  • Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
  • Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut jerawat

Sangat berkesan diambil bersama ESP Shaklee untuk kulit berseri-seri dan cantik, kerana ESP membantu hasilkan sel-sel baru untuk kulit yang kusam dan tidak sekata.

Vitamin E menjadikan kulit berseri tanpa kesan parut, pigmentasi dan jeragat. Kulit kembali lembut dan cantik.
http://vitaminsihat2u.blogspot.com/2014/02/masalah-jerawat-kulit-kusam-dan.html

Adakah anda mengambil Vitamin E dengan secukupnya?
Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas ;

  • 1kg biji gandum
  • 500ml minyak sunflower
  • 8kg bayam dan 
  • 500g badam
Dapatkah kita mengambilnya setiap hari untuk kekal sihat dan bertenaga?
YA! Dengan Vitamin E Shaklee ada semuanya untuk memenuhi keperluan harian kita. 

Cara pemilihan Vitamin E juga penting kerana ada sesetengah Vitamin E tidak berfungsi dengan baik. Teliti kandungan dan nilaikan dengan wang anda untuk dapatkan yang betul-betul berkesan. Di Shaklee telah terbukti, Vitamin E yang sangat berkesan untuk merawat kulit dan memelihara kesihatan dan sebagai anti-oksidan mencegah radikal bebas.

Perbezaan Vitamin E Shaklee :
Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E. diekstrak d-alpha tocopheryl, yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksida dan melindungi retina.

Kebaikan dan kelebihan Vitamin E Shaklee :

1) Melindungi jantung - 800IU bersamaan dengan 2 biji vitamin E melindungi sel darah merah untuk elakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.

2) Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Lelaki yang mengambil vitamin setiap hari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

3) Anti-penuaan - Melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut kesan jerawat, akne dan bintik penuaan. Memulihkan tekstur kulit, ton muka, dada dan otot paha.

4) Anti-oksida yang kuat - berkesan melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.

5) Meningkatkan tenaga seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

6) Memperbaiki parut - bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Juga dikenali sebagai VITAMIN CINTA, kerana ianya meningkatkan kelestarian seksual untuk lebih tenaga dan membekalkan oksigen yang lebih. 

1 botol – 120 biji untuk 4 bulan lamanya… 

Testimoni customer yang amalkan Vitamin E & ESP Shaklee:

Berminat untuk dapatkannya..

Hubungi saya untuk pengambilan yang berkesan dan konsultasi percuma hanyalah dari vitaminsihat2u.

SMS/Whatsapp Normala : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com


COD: Subang Jaya – Shah Alam – Damansara – Petaling Jaya – Subang Perdana - Kg. Melayu Subang dan kawasan sekitarnya.
POST LAJU : 2-4 hari bekerja.

Ingin mendapatkan vitamin pada harga ahli? 
Sudah semestinya! CARANYA...
Hanya DAFTAR AHLI anda akan mendapat harga ahli - 
(jimat 15-25%) dan kelebihan lain bila mendaftar ahli Shaklee.

Jangan tunggu lagi, mendaftarlah dengan segera kerana yuran hanyalah SEUMUR HIDUP iaitu sebanyak RM65.00 (tambahan RM10.00 untuk kos pengeposan kit ahli utk Semenanjung Malaysia dan RM20.00 untuk pengeposan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan)

Klik sini utk mendaftar ahli pada hari ini : 




Set Bersalin Shaklee – Nutrisi terbaik semasa berpantang


Penting bagi ibu-ibu selepas melahirkan atau dalam pantang memilih makanan yang berkhasiat untuk kembalikan semula tahap keseimbangan hormon, mineral dan lemak penting (essential fatty acid) yang telah digunakan semasa hamil dan ketika proses melahirkan anak.
Ketika dalam pantang, ibu-ibu memerlukan tambahan tenaga untuk berjaga malam, menyusukan anak, menguruskan bayi dan tenaga untuk keperluan tubuh seharian.
  
Antara suplemen utama yang dicadangkan ialah Set Bersalin Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP) dan VITA-LEA with iron formula yang mengandungi nutrisi dan keperluan lengkap untuk ibu-ibu dalam pantang. (Juga untuk ibu hamil dan menyusukan bayi)



VITA-LEA with IRON FORMULA
Multivitamin dan mineral  yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagai penambah tenaga segera, pelengkap nutrisi, mengawal keupayaan sistem produktif, metabolisma sihat, sebagai elemen penting pada sel tubuh dan melindungi organ dalam badan.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
Mengandungi Vit. B1, B2, B3, B5, B6 & B12 membantu menukarkan makanan kepada tenaga yg diperlukan ibu dalam pantang, elakkan tekanan (meroyan) dengan stabilkan emosi ibu, membantu tumbesaran , kecerdasan otak utk bayi apabila disusukan oleh ibu. Vita-lea Shaklee juga mengandungi Vit. D, kalsium, fosforus dan magnesium utk kesihatan dan kepadatan tulang yang sihat, magnesium juga lebih kepada merehatkan otot dan sistem saraf ibu selepas bersalin dan sebagai penenang semulajadi meredakan tekanan ibu dalam pantang.

Vit. E didalam Vita-lea bertindak sebagai anti-oksida untuk kulit yang sihat dan berseri dengan mengurangkan kesan parut. Ia juga baik untuk melancarkan sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung dan sangat baik untuk sistem produktif lelaki. Vit. C juga yang terdapat dalam Vita-lea berkesan untuk meningkatkan daya tahan penyakit, cepatkan luka jahitan, mencegah selesema, gusi berdarah dan sebagai kolagen tambahan untuk kulit yang cerah semasa berpantang.

Mengandungi Vit. A dan Biotin membantu B. Compleks untuk lebih efektif dan kesihatan mata untuk elakkan rabun ibu dalam pantang. Penting utk rambut yang sihat dan sangat bagus utk ibu yang ada diabetes untuk mengawal tahap gula dalam darah untuk ibu berpantang.

Zat besi juga perlu sebagai membentuk hemaglobin darah mencegah anemia dan elakkan keletihan dalam pantang. Zink juga untuk percepatkan peyembuhan luka pembedahan dan bersalin biasa dan mengurangkan masalah kebengkakan buah dada semasa proses menyusukan bayi.


Energizing Soy Protein (ESP)
ESP Shakle menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral lengkap sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39.
Kepentingan protin adalan paling utama dalam badan untuk pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama untuk hormon manusia. Setiap organ kita memerlukan protin untuk memelihara kesihatan dan mengawal tumbesaran sihat, jadinya kekurangan protin boleh menyebabkan kelemahan sistem imun melawan penyakit, masalh lebihan air dalam badan, hilang kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman dan kegagalan fungsi organ dalam badan membawa kepada risiko yang tidak baik.

Manfaat utama Energizing Soy Protein (ESP)
Semasa dalam pantang, ibu memerlukan tenaga tambahan untuk menyusukan anak dan ESP bertindak membekalkan tenaga segera untuk ibu yang menyusukan bayi. Esp juga turut memberi kesan kepada susu ibu dimana susu menjadi pekat dan anak kenyang lama untuk memberi ruang ibu berehat. Esp juga bertindak sebagai penenang kepada ibu semasa proses penyusuan untuk membantu susu ibu bertambah meriah.

ESP sangat bagus untuk merangsang pembentukan sel-sel baru untuk kulit rosak dan otot, membaikpulih kulit yang kusam, mencegah pigmentasi, samaratakan tona kulit semasa dalam pantang dan menjadikan kulit awet muda berseri-seri. Setiap mana-mana vitamin yang diambil, Esp bertindak sebagai pelengkap untuk proses penyerapan vitamin lain menjadi lebih berkesan.


Kini, lebih mudah sekali nak order VITA-LEA & ESP Shaklee, hanya klik pada "ORDER NOW" dibawah ini sahaja, anda boleh membuat pesanan terus kepada Shaklee. Selamat mencuba!

ORDER NOW -
VITA-LEA & ESP SHAKLEE 
 
Dapatkan Set Bersalin Shaklee untuk membantu proses berpantang berjalan lancar dan menjadikan ibu lepas bersalin sihat, segar dan berseri.


Hubungi saya untuk pengambilan yang berkesan dan konsultasi percuma hanyalah dari vitaminsihat2u.

SMS/Whatsapp Normala : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com


COD: Subang Jaya – Shah Alam – Damansara – Petaling Jaya – Subang Perdana - Kg. Melayu Subang dan kawasan sekitarnya.
POST LAJU : 2-4 hari bekerja.

Ingin mendapatkan harga ahli? Sudah semestinya!
CARANYA...
Hanya DAFTAR AHLI anda akan mendapat harga ahli - 
(jimat 15-25%) dan kelebihan lain bila mendaftar ahli Shaklee.

Jangan tunggu lagi, mendaftarlah dengan segera kerana yuran hanyalah SEUMUR HIDUP iaitu sebanyak RM65.00 (tambahan RM10.00 untuk kos pengeposan kit ahli utk Semenanjung Malaysia dan RM20.00 untuk pengeposan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan)

Klik sini utk mendaftar ahli pada hari ini : 








Demam denggi dan rawatan denggi dengan vitamin Shaklee Performance Drinks | Pengedar Sah Shaklee Subang Perdana

DENGGI?
Penyakit denggi adalah penyakit berjangkit merbahaya disebabkan gigitan nyamuk aedes yang boleh membawa maut. Ini kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.

Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Penyakit denggi paling kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar atau kawasan pedalaman.

JENIS PENYAKIT DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

a. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.

b. Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

TANDA ATAU GEJALA
1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.
Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.


2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).

Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.

Rawatan Bagi Demam Denggi
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

1. Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:
a. mengurangkan demam(suhu badan)
b. mengelakkan dari perdarahan berlaku

2. Rawatan Demam Denggi Berdarah
a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Di samping itu, amalkanlah tips-tips bagi rawatan alternatif yang boleh dicuba sebagai usaha untuk meredakan dan menyembuhkan pesakit demam denggi.

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:

  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu sahaja.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  • Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.
  • Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Meredakan Dan Menyembuhkan Denggi

Di Shaklee menyediakan suplemen tambahan bagi membantu dalam meredakan dan sekaligus menyembuhkan demam denggi.

Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Sangat baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot).

Performance Drinks Shaklee sangat berkesan meredakan sakit dan lenguh badan. Ini terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula. Ianya mampu meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktulatihan tanpa mencederakan tubuh. (Sangat sesuai bagi mereka yang aktif bersukan, para atlet, tidur lewat, selalu letih, utk yang berpuasa, cirit-birit, tiada selera makan, pening-pening dll.


Nutriferon penting untuk meningkatkan sistem daya lawan penyakit (immune booster) bertindak meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan virus yang menyerang. Nutriferon Shaklee dipatenkan secara eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selesema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Bertindaklah sekarang demi nyawa orang yang kita sayangi kerana denggi membunuh!


HARGA :
Performance Drinks - Natural Orange - rm82.50 (539g)
Nutriferon - rm181.25 (30x1.2g)

Hubungi saya untuk pengambilan yang berkesan dan konsultasi percuma hanyalah dari vitaminsihat2u.

SMS/Whatsapp Normala : 012-2475576
Email : vitaminsihat2u@gmail.com


COD: Subang Jaya – Shah Alam – Damansara – Petaling Jaya – Subang Perdana - Kg. Melayu Subang dan kawasan sekitarnya.
POST LAJU : 2-4 hari bekerja.

Ingin mendapatkan harga ahli? Sudah semestinya!
CARANYA...
Hanya DAFTAR AHLI anda akan mendapat harga ahli - 
(jimat 15-25%) dan kelebihan lain bila mendaftar ahli Shaklee.

Jangan tunggu lagi, mendaftarlah dengan segera kerana yuran hanyalah SEUMUR HIDUP iaitu sebanyak RM65.00 (tambahan RM10.00 untuk kos pengeposan kit ahli utk Semenanjung Malaysia dan RM20.00 untuk pengeposan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan)

Klik sini utk mendaftar pada hari ini : JOINT AHLI SHAKLEE


Komen

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Via Email (Do Not Edit Here!)