Makanan untuk dapatkan anak bijak
Kehamilan satu anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti setiap pasangan mengharapkan kelahiran seorang anak dengan selamat dan sempurna sifatnya. Selain itu ibu bapa juga mendambakan seorang anak yang bijak dan cergas.
Makanan juga mempengaruhi otak anak yang bijak dan cergas sejak dari dalam kandungan ibu lagi, Pemakanan yang berkhasiat dan dari sumber yang baik amatlah dititikberatkan untuk kelahiran anak yang sihat dan selamat.
Apa sumber makanan yang sihat?
1) Asid folik
Untuk dapatkan anak yang bijak, ibu boleh mengusahakan sejak dari awal trimester kehamilan lagi. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang penting untuk pertumbuhan otak janin yang sihat iaitu asid folik.
Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buah-buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa wanita merancang untuk hamil dan tiga bulan pertama selepas disahkan hamil.
Ia boleh mengurangkan risiko mendapatkan anak cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), membantu perkembangan dan pertumbuhan otak (anencephaly) dan saraf tunjang.
2) Buah-buahan saranan Rasululah s.a.w
Didalam al-Quran ada menyebut tentang makanan yang disarankan dimakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan anak cerdas. Antaranya adalah :
Pir : Buah ini mengandungi banyak air yang manis dan penuh vitamin. Rasulullah s.a.w bersabda "Makanlah buah pir kerana buah ini dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati" Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantikan anak kalian".
Kurma : Ia mengandungi antara lain zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Iman Ali bin Abi Thalib berkata: "Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab)."
Luban (kemenyan arab) : Rasulullah s.a.w bersabda: "berilah makanan dari Luban (kemenyan arab) isterimu yang sedang hamil, kerana jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban, ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani dan jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya."
Tembikai : Selain mengurangkan rasa mual, ia dapat mencegah dehidrasi, kejang otot dan baik untuk nutrisi janin dari segi pekembangan otot, penglihatan, sistem imunisasi dan saraf janin. Rasulullag s.a.w bersabda: " Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus."
Kelapa ; Rasulullah s.a.w bersabda; "Berilah makanan isterimu yang sedang hamil buah kelapa kerana ia dapat menjadi sebab anakmu berakhlak baik."
TEKNIK RANGSANGAN
Selain sumber makanan terdapat pelbagai teknik yang boleh dilakukan ibu hamil untuk merangsang bayi dalam kandungan.
Sentuhan : Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembes. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi.
Muzik : Bayi gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya andamemainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupon membuat pergerakan.
Selain daripad itu, muzik klasik juga berupaya meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.
Alunan zikir dan bacaan surah al-Quran dibekalkan sebagai penunjuk jalan dan usaha yang boleh dilakukan untuk memperoleh anak seperti yang diidam-idamkan. Surah Yusuf untuk anak yang cantik rupa dan akhlak. Surah Luqman untuk anak yang cerdik. Surah Yassin untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
Moga apa yang kita rancang dan niat yang baik dipermudahkan olehNya. Banyakkan doa-doa yang khusus untuk anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.
========================================================================

Klik sini untuk dapatkan set lengkap vitamin ibu hamil shaklee:
http://vitaminsihat2u.blogspot.com/2014/01/set-ibu-hamil-shaklee-vitamin-ibu-hamil.html
Ulasan