Merawat hipertiroid/tiroid dengan vitamin shaklee

Masalah Hipertiroid/ Kelenjar Tiroid


Masalah hipertiroid atau Hypertiroidisma (hyperthyreoidism) merupakan masalah aktiviti kelenjar tiroid yang terlebih aktif. Tiroid merupakan kelenjar yang terletak pada leher, di kawasan halkum dan boleh dirasai dengan sentuhan tangan (bagi yang biasa melakukannya).

Hypertiroidisma dapat dikenalpasti dengan keadaan leher yang kelihatan membengkak, satu situasi yang dipanggil goiter. Goiter (bengkak di kawasan halkum) boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antara yang paling biasa dijumpai ialah penyakit autoimun yang dipanggil penyakit Grave-Basedow dan tumor pada kelenjar pituitari.




Penyakit Grave-Basedow adalah disebabkan badan kita menghasilkan antibodi yang melawan sel badan kita sendiri (dalam kes ini tiroid). Apa yang pelik adalah, antibodi ini tidak sama seperti sifat antibodi pemusnah yang lain dimana, ia tidak menghapuskan sel tiroid, malah menggalakkannya untuk membesar dan menjalankan aktiviti dengan lebih aktif. Kesannya ialah seseorang itu menghidapi hipertiroidisma.

Masalah ini membawa kepada beberapa kebaikan selain daripada keburukan yang dirasakan oleh penghidapnya. Antara kebaikan yang dirasakan oleh individu tersebut ialah ia memiliki berat badan yang unggul disebalik selera makan/ tabiat makan yang tinggi. Kebanyakan orang yang mempunyai peningkatan aktiviti tiroid adalah kurus dan sangat aktif dalam berfikir dan dalam aktiviti yang mereka lakukan. Individu yang mempunnyai masalah ini mempunyai metabolisma yang amat tinggi kerana hormon tiroksin (thyroxin) menggalakkan sel badan meingkatkan aktiviti mereka. Bagi yang duduk di kawasan sejuk (eropah dll), mereka mendapat kebaikan daripada perkara ini kerana penghidap masalah ini juga turut merasakan peningkatan suhu badan.


Individu ini juga mempunyai paras kolesterol yang rendah dalam badan kerana, hormon tiroid menggalakkan pembinaan reseptor di hati yang mengesan kolesterol (LDL) dan menyingkirkannya melalui hempedu (bile). Paras kolesterol normal dalam badan ialah 5 mmol/x.

Walaubagaimanapun, hipertiroidisma bukanlah begitu menyeronokkan seperti yang disangka oleh ramai orang. Penghidap sakit ini merasakan jantung yang berdebar debar dan rasa cemas dan risau akibat tindakan hormon tiroksin (thyroxin) terhadap jantung mereka. Hormon tiroksin merupakan pencetus kepada kecekapan hormon adrenalin dalam menjalankan aktivinya terutamanya kepada jantung. Kehadiran hormon tiroksin menyebabkan hormon adrenalin semakin cekap, seterusnya hormon adrenalin ini menyebabkan lebih lagi pengaktifan reseptor beta-1 pada jantung dan menyebabkan rasa berdebar debar dan cemas. Apa yang ditakuti ialah, aktiviti jantung akan menjadi terlalu aktif boleh menggalakkan atrial fibrilation (impuls jantung menjadi kacau bilau).

Bukan itu sahaja, terlebih hormon tiroid juga menyebabkan cirit birit yang tidak disukai oleh orang ramai yang menghadapinya. Cirit birit selalu sahaja mengganggu aktiviti harian mereka. Hormon tiroksin menyebabkan pergerakan usus lebih laju seterusnya menyebabkan cirit birit, dan individu yang menghidapinya akan lebih cenderung untuk menjadi lebih kurus..

Badan berpeluh peluh dan rasa terlalu panas adalah perkara biasa yang dihadapi oleh orang yang menghidapi masalah ini. Tambahan pula di negara Malaysia sudah sedia panas, bukan mudah bagi orang orang ini menghadapinya..

Tekanan jantung penghidap masalah ini juga tidak normal. Tinggi pada tekanan atas (sistol) dan rendah pada tekanan bawah (diastol). Jantung terpaksa bekerja kuat untuk membekalkan darah ke seluruh badan akibat permintaan oksigen yang sangat tinggi kerana kebanyakan tisu badan mempunyai metabolisma yang amat tinggi. Jantung yang terpaksa bekerja terlalu kuat akan merasakan kekurangan bekalan oksigen (ischemia) dan seterusnya menyebabkan kematian tisu jantung (necrosis/infarct). Jadi, walaupun individu penghidap hipertiroidisma mempunyai tahap kolesterol yang mengagumkan (rendah), ia tetap tidak dapat lari dari penyakit jantung yang menunggunya ini.



Siapa yang berpotensi mendapat penyakit tiroid ini?
  •  perempuan
  •  diwarisi (genetik)
  •  menghidapi masalah pituitari atau endokrin yang lain
  •  berusia lebih 60 tahun
  •  perokok


Penyakit tiroid ada 2 jenis iaitu Hyperthyroid (Hipertiroid) dan Hypothyroid (Hipotiroid)

Di sini saya akan kongsikan mengenai Hyperthyroid / Hipertiroid.

HIPERTIROID adalah peningkatan hormon tiroid dalam darah. Gejala yang dirasakan antara lain adalah peningkatan hormon tiroid dalam darah ialah:
  •  bengkak di leher
  •  cirit-birit
  •  degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  •  haid tidak teratur
  •  kesuburan merosot
  •  konsentrasi menurun
  •  kulit lembap
  •  lemah
  •  mata menjadi besar (bulging)
  •  mood tidak menentu
  •  muscle cramp
  •  nervous, gelisah
  •  osteoporosis
  •  berpeluh dengan banyak
  •  rambut tidak kuat
  •  suhu badan meningkat
  •  sukar bernafas
  •  sukar tidur
  •  tak tahan panas
  •  tekanan darah naik
  •  menggeletar
  •  turun berat badan walau selera makan meningkat



Beberapa penyebab hipertiroid antara lain adalah:

1) Grave Disease: Antibodi dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon
2) Tiroiditis / tiroid membengkak
3) Toxic nodule goiter: Terlalu banyak iodin dalam makanan
4) Kanser pituitari


Rawatan natural untuk pesakit hypertiroid termasuk herba dan terapi tradisional seperti:

* ginseng - Ginseng Siberia atau Eleuthero adalah makanan tambahan semulajadi yang membantu mengekalkan kesihatan, bermanfaat untuk mengimbangi masalah adrenal serta tekanan kronik

* Iodin - nutrien yang sangat penting untuk merawat hipertiroid (garam iodin)

* Dos harian Vitamin D membantu dalam menggalakkan sistem imun dan memberikan kelegaan daripada beberapa gejala imun berkaitan

* Kekurangan selenium membawa kepada masalah hipertiroid. Dapatkan makanan yang tinggi selenium ( kekacang, seafood, kuaci, suplemen kaya selenium)

* Omega-3 - mengimbangi sistem endokrin dan mengawal pengeluaran hormin tiroid yang berlebihan


Vitamin/suplemen yang membantu untuk masalah kalenjar tiroid.

Hyper - 
  • Vivix (pilihan terbaik) - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • B. Complex - memperbaiki sistem imun & kelenjar tiroid, penting untuk merawat hypertiroid
  • Vitamin C 500mg SR - Penting didalam keadaan stress
  • Omega Guard - merupakan minyak ikan tertulen yang kaya Omega-3, utk fungsi kalenjer yang betul
  • Ostematrix

Simptom :
Perubahan mood, gelisah, resah, insomnia, hilang berat badan, cirit-birit, jantung berdeba, berpeluh, intoleran pada panas, mata ternonjol, irritasi mata, lemah otot, haid sedikit atau tiada langsung.


Hypo -
  • Vivix (pilihan terbaik) - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • B. Complex - memperbaiki sistem imun & kelenjar tiroid, penting untuk merawat hypertiroid
  • Vita-Lea - lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
  • Vitamin C 500mg SR - Penting didalam keadaan stress
  • OsteMatrix - mengandungi Vitamin D dan magnesium, nutrien yang diperlukan pesakit thyroid di samping mengelak tulang rapuh kesan daripada penyakit tersebut
  • Omega Guard - merupakan minyak ikan tertulen yang kaya Omega-3, utk fungsi kalenjer yang betul.


Simptom :
Keletihan, kelesuan atau pergerakkan lambat, depresi mental, masalah ingatan, berat badan meningkat, sembelit, intoleran sejuk, rambut & kulit kering, bengkak sekeliling mata, haid yang banyak.






Untuk cara pengambilan vitamin bagi membantu dan merawat hipertiroid/tiroid dengan vitamin shaklee sila hubungi saya untuk lebih details lagi.


SMS/Whatsapp 012-2475576
Email Vitaminsihat2u@gmail.com
Normala


SID kawasan Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Perdana, Damansara, Kg. Melayu Subang, Subang Jaya dan kawasan yang berdekatan. Penghantaran melalui post laju/Gedex mengambil masa 4-5 hari bekerja.

Tiada ulasan:

Komen

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Via Email (Do Not Edit Here!)