Vitamin untuk ibu hamil | Set mengandung shaklee atasi letih dan lesu

  • Hamil bukanlah satu perkara yang mudah bagi semua perempuan kerana mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan memerlukan sokongan fizikal dan mental yang kuat untuk melalui proses kehamilan yang sempurna. Vitamin Ibu Hamil Shaklee mengandungi khasiat lengkap semasa proses kehamilan yang memerlukan banyak tenaga dan bebas dari tekanan.


  • Kebaikan yang ada pada set ini :

  • membantu ibu bertenaga sepanjang hari
  • membantu atasi lesu, penat dan sakit-sakit badan
  • mencegah anemia, masalah Hb rendah dan membantu pembentukan darah merah
  • membantu tumbesaran anak dalam kandungan
  • membentuk kolagen dan mencantikkan kulit
  • mengelakkan kekejangan dan kebas-kebas kaki
  • mengurangkan stress, pening dan tekanan perasaan
  • membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • menyihatkan badan dan sentiasa sihat berseri-seri.

  • Apakah yang terdapat dalam set Vitamin Ibu Hamil Shaklee ini?

  • ESP - 
  • Sumber protin bagus untuk pembentukan organ dan tisu/ sel-sel baru, membekalkan tenaga berpanjangan, mengelakkan badan dari letih dan lesu, mengatasi masalah gastrik, mencantikkan kulit dan mencerahkan kulit yang tidak sekata dan memperbaiki pigmentasi. Sangat bagus untuk penghidap diabetes semasa megandung. Menjadikan kulit bayi cantik dan atasi kulit kering pada ibu dan bayi.

  • Vitamin B Compleks - 
  • Menukarkan makanan kepada tenaga, menstabilkan emosi dan mencegah anemia. Pembentukan darah merah untuk mengelakkan sakit kepala, letih, mabuk dan insomnia. B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


  • Sustained Release Vitamin C / Chewable Vita-C Plus 100mg -
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Membentuk kolagen dan mencerahkan kulit. Meningkatkan sistem imun melawan jangkitan seperti selsema, alergi hidung dan menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel tubuh.


  • Vitalea with Iron Formula -
  • Vita-Lea adalah multivitamin. Jadi ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


  • Ostematrix -
  • Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 


  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

  • Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mengurangkan morning sickness.






  • Dapatkan suplemen semulajadi, terbaik dan berkesan untuk memberi tenaga, membantu atasi letih dan lesu semasa tempoh hamil/mengandung, khasiat yang tidak dapat pada mana-mana suplement kerana telah membuktikan dengan testimoni ini;


  • Jangan segan-segan hubungi saya untuk keterangan lanjut Set Vitamin ibu Hamil dan cara pengambilan yang betul untuk kesan yang baik.

  • SMS/Whatsapp : 012-247 5576
  • Normala [917807]
  • Shaklee Independent Distributor
  • Email : vitaminsihat2u@gmail.com





Catat Ulasan

Komen

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe Via Email (Do Not Edit Here!)